1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda
| | meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan
| | gagalkerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
| |
| | 2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia
| | dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa
| | dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk |
| | mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanyaanda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk
| | anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
| |
| | 3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
| | untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk
| | menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi
| | cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba
| | untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
| |
| | 4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan
| | jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak,
| | yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya
| | cinta setulus hati.
| |
| | 5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah
| | satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari
| | dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat
| | padanya.
| |
| | 6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita
| | juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa
| | meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika
| | anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
| |
| | 7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana
| | selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya,
| | tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari
| | itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
| |
| | 8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya,nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
| |
| | 9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia
| | bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
| |
| | 10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya
| | bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak
| | anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir
| | hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya
| | bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda
| | telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi
| | cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus
| | menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun
PKR Dakwa Penyenaraian FGVH ‘Skim Berniat Jahat’
6 hours ago

0 comments:
Post a Comment